LANGKAWI – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Russayani Ismail melawat booth yang mempamerkan hasil penyelidikan pensyarah dan produk yang dihasilkan oleh universiti ini di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi yang berlangsung mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023.
Ketua Penyelidik pameran LIMA’23 Prof Madya Dr Rohafiz Sabar bersama pensyarah yang bertugas memberikan taklimat mengenai penyertaan UUM dalam pameran kali ini.
Prof Dr Mohd Foad ketika ditemui berkata, penyertaan kali kedua oleh UUM sempena pameran LIMA’23 ini juga melihatkan penambahan hasil penyelidikan dan produk dari penyertaan sulong mereka sebelum ini.

“Booth kita kali ini juga dilihat bukan sahaja menarik lebih pengunjung tetapi keunikan hasil Cyntok Bhatik edisi terhad yang dipamer serta dijual juga mendapat sambutan diluar dugaan,”ujar beliau.
Dengan sambutan yang diterima sehingga kini pastinya membuka ruang yang luas untuk universiti ini menyertai mana-mana program baik diperingkat negeri atau kebangsaan nanti.
Turut hadir Dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, Pengarah Jabatan Canselori, Mohamad Fadzil Samiran dan sukarelawan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.