UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC kongsi kejayaan dengan keluarga graduan

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Gambar: Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof.Dr. Haim Hilman Abdullah berkongsi kejayaan universiti ini dengan graduan dan keluarga di Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah universiti ini pagi tadi.

Katanya, kedudukan UUM semakin meningkat dari setahun ke setahun dalam ranking Times Higher Education World University Rankings edisi 2023 di tangga 401-500 dunia yang telah meletakkan universiti ini kedua terbaik di Malaysia.

Beliau yakin kedudukan ini akan terus meningkat pada edisi seterusnya dengan komitmen dari kalangan tenaga akademik, pelajar, pentadbiran dan graduan yang menghadiri konvo pada pagi ini.

“THE World University Rankings by Subject yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini menunjukkan bidang Social Sciences UUM adalah yang terbaik daripada semua universiti di negara dengan lonjakan lebih 200 anak tangga ke kedudukan 201-250 daripada 401-500 dunia sekaligus meletakkan universiti ini  di tangga pertama terbaik negara,” ucap beliau yang mendapat tepukan gemuruh dari graduan dan keluarga yang hadir.

Moga dengan peningkatan kedudukan dan kejayaan dalam lain-lain pencapaian juga akan menarik lebih ramai pelajar dinegara ini dan antarabangsa memilih UUM untuk pengajian mereka.

Dalam pada itu beliau yang mewakili universiti ini memulangkan kembali graduan yang hadir ke pangkuan keluarga masing-masing setelah berjaya menamatkan pengajian dan bergelar siswazah yang mempunyai ciri-ciri holistik dan bermanifestasi kepada moto Universiti iaitu, ILMU BUDI BAKTI.

Naib Canselor Prof.Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan ijazah sarjana muda kepada graduan sesi keenam. Gambar: UUMToday

Haim Hilman menambah dengan bekalan ilmu ini diharapkan para graduan akan menjadi pemimpin yang berwibawa dan mampu berkhidmat serta berjasa untuk agama, bangsa dan negara diluar sana.

“Janganlah lupa jasa kedua orang tua, pensyarah dan warga kampus yang sentiasa bersama kita sehingga berjaya menamatkan pengajian,” ucap beliau kepada graduan sesi keenam yang membabitkan 663 penerima sarjana muda dan empat penerima Anugerah Naib Canselor.