UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC saran pelajar baharu manfaatkan empat tahun pengajian di UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Sempena menyambut kedatangan pelajar baharu ambilan kedua semester pertama sesi 2023/2024 Universiti Utara Malaysia (UUM), Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan telah meluangkan masa dalam sesi sembang santai bersama pelajar dalam Majlis Ikrar Pelajar Baharu dan Sesi Sembang Santai Madani bersama Naib Canselor di Dewan Tan Sri Othman (DTSO), semalam.

Seramai 510 pelajar baharu telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di UUM dalam pelbagai program pengajian bagi ambilan kali ini.

Dr. Mohd Foad berkata, pihak pengurusan UUM amat mengambil berat terhadap pelajar sama ada dari segi akedemik, pendidikan, kolej penginapan, kewangan dan sebagainya.

Di kesempatan itu, beliau turut menyeru agar pelajar menggunakan peluang yang diberikan sebaiknya dengan menguasai ilmu yang diperolehi sama ada dalam bidang yang diceburi mahupun ilmu lain yang boleh meningkatkan nilai tambah dalam diri para pelajar. 

“Asahlah bakat semampu yang mungkin untuk membina kecemerlangan dan sahsiah diri sepanjang empat tahun ini,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan bacaan lafaz ikrar oleh pelajar, Muhammad Idham Iskandar Rosani yang seterusnya menyerahkan watikah lafaz ikrar kepada Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta pegawai- pegawai kanan universiti. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam