UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC UUM akan rasmi Persidangan Pengurusan Sekuriti Sosial 2023

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

LANGKAWI – SINTOK – Persidangan Pengurusan Sekuriti Sosial 2023 akan dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Foad Sakdan di Di Hotel Dorsett Putrajaya, Selangor pada 19 Oktober 2023 ini.

Pengerusi persidangan Prof Madya Dr Mohd Faizal Mohd Isa berkata, persidangan ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Pusat Kecemerlangan Pengurusan Sekuriti Sosial, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM  akan mengenengahkan isu-isu dan cabaran seiring dengan keperluan masyarakat, industri dan juga memenuhi tuntutan perkembangan teknologi masa kini sepanjang persidangan ini dianjurkan nanti,” ujarnya lagi.

Katanya, persidangan ini juga merupakan aktiviti  tahunan yang dinyatakan dalam Memorandum Perjanjian (MOA)  antara pihak UUM dengan PERKESO yang telah ditandatangani pada 5 Ogos 2022 bagi tempoh 5  tahun.

Moga matlamat persidangan ini seperti yang diharapkan oleh naib canselor agar dapat menyediakan suatu platform untuk membantu pengamal, ahli akademik dan masyarakat untuk membincangkan strategi dan hala tuju pengurusan  keselamatan sosial masa kini dan akan datang akan mencapai objektifnya nanti.

Sementara itu dimajlis yang sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed akan turut menerima Anugerah Influential Leaders 2023.

Anugerah berprestij oleh AACSB International ini merupakan anugerah kali kedua buat alumni UUM selepas Yang Mulia Raja Azura binti Raja Mahayuddin, CEO Yayasan Peneraju untuk tahun 2019.

UUM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menerima anugerah berprestij ini.