UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC UUM Solat Aidilfitri bersama 1000 Jemaah

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan 1000 warga kampus terdiri dan pelajar, kakitangan dan keluarga mereka di Masjid Sultan Badlishah pagi tadi.

Naib Canselor kemudiannya menjamu selera istimewa termasuk masakan rendang rusa dan lain-lain bersama jemaah yang hadir selepas selesai solat sunat aidilfitri yang di imamkan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UUM,  Ustaz Abdus Salam Sharif Saad.

Naib Canselor yang ditemui berkata, solat sunat aidilfitri ini disertai oleh pelajar, kakitangan, ahli keluarga dan masyarakat setempat yang tinggal berhampiran kampus ini.

“Walaupun ada pelajar dan kakitangan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka pada tahun ini namun kemeriahan sambutan tetap dirasakan dengan pakaian baru dan tradisional dari pelajar antarabangsa khususnya,” ujar beliau.

Seramai 14,776 pelajar kampus ini telah pulang untuk beraya bersama keluarga mereka manakala 380 pelajar dari dalam dan luar negara masih berada di kampus.

Antara hidangan yang disediakan ialah termasuk rendang rusa, nasi beriani, lemang, ketupat dan biskut raya.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Pengetua-pengetua Inapan Siswa, pegawai-pegawai universiti, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman dan barisan jawatankuasanya.