UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC UUM solat sunat Aidilfitri bersama pelajar UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan akan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan 1000 warga kampus terdiri daripada pelajar, kakitangan dan keluarga mereka.

Naib Canselor berkata, seramai 14,776 pelajar kampus ini telah pulang untuk beraya bersama keluarga mereka, manakala 380 pelajar dari dalam dan luar negara akan menyambut Aidilfitri di kampus nanti.

Katanya, pihak universiti juga telah menyediakan makanan untuk 1000 jemaah di pekarangan Masjid Sultan Badlishah UUM selepas solat sunat Aidilfitri nanti.

“Pastinya hari raya tahun ini disambut dengan meriah berbanding semasa pandemik COVID-19 dua tahun lalu,” ujarnya.

Namun dalam menyambutnya jangan lupa menjaga keselamatan dan kesihatan juga.

“Marilah kita ambil keberkatan bulan Syawal untuk kita bermaaf-maafan dan merapatkan ukhuwah antara kita,” sambungnya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Martadha juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua pelajar dan alumni UUM.

“Pesanan saya berhati-hati dalam perjalanan ketika pulang ke kampung halaman dan sambutlah syawal ini dengan kegembiraan dan menyambung silatulrahim antara kita,” katanya lagi.

Bagi mereka yang membawa kenderaan sentiasa berhati-hati ketika memandu dan pulanglah ke kampus dengan selamat selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman juga akan bersama-sama Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEPA untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan beramah mesra selepas itu.