UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

NC UUM ziarah keluarga pelajar yang meninggal

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

BUTTERWORTH – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan menziarahi keluarga Allahyarhamah Nureen Aleesya Mohd Zolkhairi yang meninggal dunia pada September 2023 dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kunjungan itu, Dr Mohd Foad turut menghulurkan sumbangan kepada ayahnya Mohd Zolkhairi Md Zain.

Arwah meninggal semasa menunggang motosikal ketempat bekerja ketika musim cuti semester di Butterworth.

Turut mengunjungi keluarga arwah ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin.

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Didoakan agar roh Allahyarhamah sentiasa di tempatkan bersama insan beriman.

Al-Fatihah.