UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Nomad Digital tingkat kefahaman konsep Malaysia Madani

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Majlis Perwakilan Pelajar UUM/UUM Today

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) terpilih menjadi tuan rumah bagi Program Nomad Digital 2023 Edisi Kedah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada 23 dan 24 Jun lalu di Dewan INASIS TM.

Program selama dua hari yang disertai 60 pelajar itu melibatkan aktiviti meliputi tiga teras iaitu melahirkan masyarakat berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan mempunyai penghayatan patriotisme yang tinggi. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk aktiviti berkumpulan di sekitar kampus di mana ianya menguji pemahaman peserta tentang konsep Malaysia Madani.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Huzaidy Hussain berkata, berkonsepkan ‘explorace‘, program ini mendedahkan pelajar dengan kemahiran digital melalui muat turun aplikasi terkini dan penggunaan pelbagai saluran media sosial sepanjang program berlangsung.

Menurutnya, pelajar turut diperkenalkan dengan tonggak dasar Malaysia MADANI untuk pemahaman yang lebih baik berkaitan konsep tersebut.

Bagi memberi lebih kefahaman dan menerapkan konsep Malaysia Madani dan dasar-dasar kerajaan, setiap ahli kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang mempunyai 5 titik semak (checkpoint) untuk membolehkan mereka mendapatkan ‘stamp card’ untuk mara ke titik semak seterusnya.

Setiap tugasan yang diberi adalah berkaitan konsep Malaysia Madani serta dasar-dasar kerajaan yang boleh memupuk semangat patriotisme serta kemahiran digital dalam kalangan khalayak sasaran.

Antara hasrat utama penganjuran program Nomad Digital adalah bagi menghapus jurang antara komuniti belia dengan J-KOM di mana komuniti belia dapat mengenali J-KOM dengan lebih dekat dan secara tidak langsung mendapat maklumat mengenai kerajaan dengan lebih tepat dan sahih serta mampu menyebarkan ia kepada jaringan yang lebih meluas.

Kesepakatan yang wujud ini turut menghasilkan kesefahaman dan kerjasama yang erat antara J-KOM dengan masyarakat seterusnya berupaya membuat pembaharuan, reka cipta dan reka baharu selaras dengan rukun Malaysia Madani iaitu Daya Cipta.

Sementara itu, peserta, Mohamad Alif Izzuwan Amirudin berkata, perkongsian ilmu kemahiran digital dan daya pemikiran kritikal yang diterapkan sepanjang program ini akan dimanfaatkan oleh peserta di sini.

Menurutnya, ilmu tersebut sangat bermanfaat dan akan membina pengetahuan serta kemahiran tambah pelajar.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu J-KOM, Rohani Chik dan Pengarah J-KOM Zon Utara, Azizi Azizan. – Akmal Ahlami Md. Rozai