UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

OYAGSB dan UUMKL rai Hari Wanita Sedunia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Rozita Ramli/UUM Today

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) baru-baru ini bagi menghargai kaum wanita yang merupakan pemangkin kecemerlangan negara selaras aspirasi Malaysia Madani.

Bertemakan “Wanita Dijulang, Negara Gemilang”, penghargaan yang diberikan kepada kaum wanita menggambarkan pengorbanan, kekuatan, dan kecemerlangan wanita dalam pelbagai bidang kerjaya dan keluarga.

Selaras dengan sambutan ini, OYAGSB dan Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) turut mengambil inisiatif dalam menghargai staf wanita dengan menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Wanita yang dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, kelmarin.

Timbalan Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Ts. Norazah Mohd Suki berkata, program ini melibatkan tiga sesi iaitu sesi pertama bersama Dr. Yap Gaik Chin membincangkan isu pengenalan penyakit HIV & STI, diikuti sesi kedua berkaitan pengurusan keluarga bersama Matron Khadijah Zakaria dan diakhiri dengan sesi kesihatan mental bersama Dr. Fadly Syah.

Menurutnya, ketiga-tiga sesi ini sangat penting bagi semua wanita dimana ianya membincangkan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan terutamanya berkaitan penyakit-penyakit kritikal  yang melibatkan wanita.

Di samping itu, katanya, program ini dapat menambahkan ilmu dan memberi pendedahan tentang pentingnya keseimbangan mental dan fizikal bagi kaum wanita yang turut menyumbang memberi kesan kepada ekonomi dan sosial negara.

“Program ini dilihat sebagai satu platform yang sangat baik bagi membincangkan isu-isu kesihatan wanita yang kerap kali dipandang enteng oleh sesetengah pihak,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Student Experience & Customer Care OYAGSB, Prof. Madya Dr. Zaemah Zainuddin, Resident Faculty OYAGSB, staf pentadbiran UUMKL dan OYAGSB.