Gambar Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM/UUM Today
KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadi johan dalam larian ‘Youth On The Move Virtual Run Leaderboard University League‘ sempena ‘The GenM Global Summit Finale 2023′.
UUM yang diwakili Padawan Maybank telah mengambil bahagian dalam acara tersebut di mana peserta perlu menempuh jarak minimum 50 kilometer (km) setiap seorang dalam larian maya antara universiti bermula 9 hingga 13 Oktober lalu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Abd Manaf di Menara Maybank, baru-baru ini.

Selain itu, Padawan Maybank turut menyertai sesi perkongsian ‘Money Matters: Your Guide to Adulting in Finances‘ bersama Eksekutif Perkhidmatan Kewangan @ Kampus, Maybank, Muhammad Az Zuqruf Zulkiply yang berkongsi tentang pengurusan kewangan.
Sementara itu, pelajar Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Bo Wen Fei amat berterima kasih kepada Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) dan Maybank kerana memberi peluang kepadapelajar untuk menyertai ‘The GenM Global Summit Finale 2023′.
Hadir sama pad amajlis berkenaan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya, Dr. Fikriyah Abdullah dan Penyelaras SoHK, Dr. Adilah Azhari.
‘The GenM Global Summit Finale 2023′ merupakan Sidang Kemuncak Belia pertama Maybank dikendalikan oleh #MYYouths yang telah dilancarkan pada 21 Ogos lalu.- Anis Zulaikha Kamal