UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pasar produk koperasi atas talian – Haim Hilman

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan ucapan beliau. – Gambar UUM Today Oleh: Muhammad Shamsul Shafie.

Sintok- Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menganjurkan Kursus Pemasaran Produk Koperasi Atas Talian untuk 40 pegawai SKM dan 50 anggota Koperasi Zon Utara baru-baru ini.

Program ini adalah susulan selepas kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Jun 2022 yang lalu.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis itu berharap kedua pihak yang telah menggerakkan inisiatif kerjasama strategik berimpak tinggi ini dapat membuka ruang untuk warga universiti seterusnya membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membangunkan komuniti setempat.

Peserta Kursus Pemasaran Produk Koperasi Atas Talian bergambar selepas majlis perasmian.

Katanya, kerjasama dalam latihan teknologi digital ini merupakan sebuah platform yang sangat relevan serta boleh memberikan impak yang positif dalam perniagaan.

“Saya yakin dengan penganjuran seperti ini secara langsung dapat membantu aktiviti perniagaan yang menggabungkan teknologi digital untuk membawa pemasaran produk samada di peringkat tempatan mahupun global nanti,” ujar beliau lagi.

Haim menambah penularan wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya segmen pasaran baharu secara atas talian dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), aktiviti jual beli dalam talian telah merekodkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 28.9 peratus setelah pandemik Covid-19.

Manakala lonjakan ini sekaligus memperlihatkan ramai usahawan muda dilahirkan dalam sektor perniagaan secara digital dan memberikan impak yang positif terhadap perniagaan mereka dalam memasarkan produk-produk koperasi menggunakan platfom jualan atas talian dan seterusnya dapat membimbing mereka sehingga membuka kedai maya atas talian melalui platform Shopee.

Moga peserta yang mengikuti kursus ini dapat menyahut agenda meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penglibatan secara aktif dalam meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti melalui platform perniagaan yang dimainkan oleh universiti ini.

Kursus yang dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif, SKM, Dato’ Zazali Haron ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM dan pegawai kanan UUM di Dewan Seri Angsana, EDC-UUM.

Naib Canselor bermesra dengan peserta kursus.