UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pasukan keselamatan tulang belakang kecemerlangan  UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .
Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah bersama pasukan keselamatan UUM.-Gambar Oleh: Muhammad Shamsul Shafie.

SINTOK: Bagi melicinkan perjalanan Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM), Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah mengadakan sesi perjumpaan bersama 109 pegawai dan anggota keselamatan di kampus ini.

Katanya, peranan dan tugas pasukan ini penting kerana menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan universiti juga.

Antara pegawai dan anggota keselamatan yang hadir.

“Saya bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) yang hadir pagi ini berharap kita semua akan bersama-sama menjuarai aspirasi universiti untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka termasuk menjayakan konvokesyen yang akan berlangsung mulai 6 hingga 10 November 2022 nanti,” katanya.

Ahli JPU turut hadir di masjli ini.

Haim Hilman berharap pasukan keselamatan dapat memberikan komitmen terbaik termasuklah memastikan kelancaran trafik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan sepanjang konvokesyen kali ini.

Bagi ibu bapa, graduan dan ahli keluarga yang hadir patuhilah arahan dan berikan kerjasama kepada petugas keselamatan supaya sama-sama dapat kita melancarkan perjalanan majlis konvokesyen nanti.

Moga semua pihak merasakan kegembiraan ketika berada di universiti kedua terbaik negara ini.