UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pau landak Jalur Gemilang untuk tetamu KTCC Mall

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Oleh Lieyana Teo Mohd Zulkifli Teo

Seramai 12 kakitangan perusahaan produk Quzni Kuala Terengganu menghasilkan gubahan bendera Jalur Gemilang Pau Landak sempena Fama Fest Terengganu 2023 di Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall) mulai 25 hingga 29 Ogos 2023.

Anak muda berusia 28 tahun Engku Adzhar Engku Mohamad Nor Azlan dari Kampung Banggul Pauh, Jalan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus berkata, mereka mengambil masa tujuh jam untuk menyusun 400 kuih pau untuk dijadikan Jalur Gemilang.

“Pau yang telah dimasak selama tujuh jam itu kemudiannya mengambil masa 30 minit lagi untuk disusun dan digubah sebagai bendera jalur gemilang,’ ujarnya lagi.

Ahli Usahawan Belia Sejahtera bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu dan Alumni Usahawan Agropreneur Muda MARDI 2022 (AGORA 30) ini juga pernah bersama delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan komunikasi (ICMC) 2023 anjuran universiti ini di Hotel Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023 lalu

Engku Azhar menambah, idea untuk menghasilkan Pau Landak ini adalah dari ibunya Mazni Abdul Rahman yang merupakan pengasas produk Quzni. 

Anak empat daripada enam beradik ini yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan ini berkata, gubahan pau dari bendera Jalur Gemilang ini akan disajikan kepada pengunjung pada hari akhir pamiran ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan  membeli dan merasa sendiri Pau Landak berinti nasi dagang, kacang, sekaya dan kelapa ini pihaknya membuka tempahan dan jualan sepanjang karnival itu.