UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pegawai polis IPK Sarawak bakal bergelar mahasiswa UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SAPSP/UUM Today

KUCHING: Bagi menggalakkan lebih ramai golongan berkerjaya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mempromosikan program pengajian yang ditawarkan UUM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, baru-baru ini.

Kunjungan hormat yang diketuai Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar disambut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dan Timbalannya, Datuk Ibrahim Darus.  

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Md Zawawi telah berpeluang mempromosikan program pengajian Sarjana Sains Koreksional kepada pegawai-pegawai kanan di IPK tersebut.

Seramai 32 orang pegawai telah mendaftar bagi mengikuti program pengajian ini yang akan diadakan secara ‘offshore‘ bertempat di Kolej Universiti ‘I-Cats’, Kuching, manakala lima pegawai lagi telah mendaftar bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.  

Menurut Dr. Md. Zawawi, program Sarjana Koreksional telah ditawarkan mulai tahun 2015 dengan Kohort Pertama seramai 28 pegawai telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan diikuti dengan Kohort Kedua iaitu seramai 18 orang.

Menurutnya, Kohort Ketiga dijangka akan memulakan pengajian sarjana dan PhD mereka pada Semester Mei 2024.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Penasihat Program Sarjana Sains Koreksional, Prof. Dr Jamaludin Mustaffa; Pengerusi Program Siswazah (Psikologi & Kaunseling dan Koreksional), Dr. Zalmizy Hussin dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak, Supt. Gabriel Lisut. – Omar Ibrahim