UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar baharu didedahkan tentang pengurusan risiko dan KKP

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pasukan Fotografi dan Media, MSK/UUM Today

SINTOK: Pejabat Pengurusan Risiko (RMO), UUM telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan pengurusan risiko dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Dewan Mu’adzam Shah, baru-baru ini.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko, Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly di hadapan 3,900 pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa bersempena dengan Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baharu bagi Semester A231.

Dr. Syazwan berkata, beliau ingin semua pelajar mengetahui tentang kepentingan pengurusan risiko, khususnya aspek keselamatan dan kesihatan dalam kalangan staf dan pelajar di dalam kampus UUM.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab pengurusan UUM untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar dalam kawasan kampus UUM seperti mana yang termaktub dalam seksyen 17, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Beliau seterusnya menegaskan kewujudan risiko bagi keselamatan dan kesihatan di dalam kampus UUM, contohnya seperti kebakaran dan penyakit bawaan vektor adalah tidak dinafikan, justeru hazard-hazard yang berkaitan mestilah dikawal dengan baik oleh pihak pengurusan UUM.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti sama ada di Inapan Siswa, mahupun dewan kuliah termasuklah peraturan-peraturan lalulintas bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Turut serta sebagai panel penceramah ialah Pengawai Jabatan Keselamatan UUM, Ahmad Tariq Zulkifli dan Pegawai Undang-undang di Jabatan Canselori, Muhammad Naimullah Hazim Abdul Safar. Sesi ceramah tersebut dikelolakan oleh moderator, Siti Aisyah Ismail, pelajar dari Pusat Pengajian Undang-undang.