UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar IBS dalami ilmu hartanah wakaf

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Pengajian Perniagaan Islam/UUM Today

GEORGETOWN: Bagi melibatkan pelajar dengan pihak industri , Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah mengadakan Program Lawatan Explorasi Pembangunan Hartanah Wakaf pada 20 Jun lalu.

Program ini melibatkan seramai 16 pelajar dari kursus BIMS 2083 Pengurusan Baitulmal, Wakaf dan Zakat, Program Pentadbiran Muamalat bersama dua pensyarah pengiring, Prof. Madya Dr. Azizah Othman dan Dr. Nor Syahidah Ishak.

Dr. Nor Syahidah berkata, Wakaf Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi lawatan kerana institusi  tersebut telah membangunkan pelbagai projek wakaf dalam membantu sosioekonomi ummah.

“Ini merupakan peluang terbaik bagi pelajar meneroka sendiri ilmu berkaitan wakaf serta melihat pembangunan dan pengurusan Wakaf Pulau Pinang,” ujarnya.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. bagi menguruskan hartanah wakaf di bawah pentadbiran MAINPP.

Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif bagi membangunkan dan memajukan institusi wakaf. Wakaf Pulau Pinang boleh menjadi model pengurusan dan pengoperasian wakaf yang selari dengan perkembangan semasa yang memerlukan pembaharuan kepada sistem pengurusan yang melibatkan pentadbiran,sumber manusia, kewangan dan operasi.

Pelajar-pelajar telah diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Operasi Wakaf Pulau Pinang, Mohd Hafizudin Sirajudin berkaitan pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang.  

Beliau juga berkongsi informasi kepada pelajar tentang jenis-jenis wakaf yang dilaksanakan seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan lot kediaman dan komersial serta banyak lagi kemudahan yang telah dibangunkan di atas tanah wakaf.

Pelajar-pelajar IBS juga berkesempatan melawat Masjid Kapitan Keling dan Masjid Melayu Lebuh Acheh yang merupakan antara aset wakaf tertua di Pulau Pinang. – Prof. Madya Dr. Azizah Othman