UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar Palestin antara yang mendaftar di UUMKL

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar UUMKL/UUM Today

SINTOK: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) menerima kemasukan seramai 97 pelajar baharu bagi semester Januari (DC232) yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Sesi taklimat pendaftaran telah diadakan pada 28 Disember lalu secara hibrid melibatkan semua pelajar termasuk 15 pelajar antarabangsa daripada Nigeria, Indonesia, Yemen, Vietnam, China dan Palestin.

Pelajar dari Palestin, Huda S.K Taleb berkata, beliau amat gembira kerana diterima masuk ke program Sarjana Komunikasi (Managerial Communication) di kampus ini dan segala urusan visa pelajar selesai dalam tempoh yang singkat.

Antara program lain yang ditawarkan adalah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam, Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), Sarjana Pengurusan Awam, Sarjana Undang-undang, Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa), Sarjana Sains Kaunseling dan Sarjana Sains (Analisis Data).

Sementara itu, Provos UUMKL, Prof. Dr. Norlena Hasnan berkata, UUM Kampus Kuala Lumpur sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan dan akan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.

Menurutnya, universiti ini juga melihat kepentingan untuk mengadakan sesi pertemuan dan penerangan bersama pelajar sebelum bermula semester bagi memastikan setiap pelajar bersedia dan tidak menghadapi sebarang masalah dalam pengajian.

Turut diadakan sesi taklimat akademik dan kewangan serta pelajar didedahkan dengan tatacara mengakses portal pelajar, prosedur pendaftaran kursus dan penggunaan khidmat perpustakaan dari wakil Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah.