UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar Palestin UUM terima RM15,000 daripada Yayasan Bakti Gunung Keledang

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh SSSD, JHEP
Gambar Media Kelab Bakti Gunung Keledang/UUM Today

IPOH, 21 Februari – Yayasan Bakti Gunung Keledang telah menyumbangkan dana sebanyak RM15,000 untuk keperluan pelajar Palestin Gaza Universiti Utara Malaysia (UUM) di Malam Pemasyhuran Presiden 2024 Kelab Bakti Gunung Keledang pada 27 Januari lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh mantan Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Sheikh Izat Azhar Sheikh Ahmad kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed mewakili Naib Canselor di Hotel Casuarina Meru.

Kemudian, sumbangan berkenaan ditambah sebanyak RM500 yang disumbangkan mantan Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang iaitu Dato’ Dr. Mohamad Abdul Kadir menjadikan jumlah dana kepada pelajar Palestin sebanyak RM15,500.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Bakti Gunung Keledang atas sumbangan untuk pelajar Palestin di UUM dalam meneruskan pengajian mereka di sini.

Pengurusan Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga turut berterima kasih kepada Yayasan Bakti Gunung Keledang atas sumbangan dan aktiviti yang dijalankan bersama-sama pelajar Palestin UUM.

Turut perkenan hadir, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah dan juga Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad.