UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar UIN Ar-Raniry dan UUM bincang isu kesihatan mental

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Eka Ayu Lestari Sapuwan

Gambar Pusat Kaunseling/UUM Today

SINTOK, 23 Januari – Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan daripada pelajar Program Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Acheh pada 18 Januari lalu.

Lawatan yang melibatkan 10 pelajar mobiliti UIN Ar-Raniry itu diketuai Maulana berada di UUM selama 2 minggu dan kehadiran mereka disambut oleh 25 Kaunselor Pelatih Pusat Kaunseling yang terdiri daripada pelajar semester 7 di bawah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP). 

Pengarah Pusat Kaunseling, Dr. Zainudin Omar serta beberapa orang Pegawai Psikologi iaitu Shahrin Ahmad, Faezah Nayan, Mohd Khairone Md Khatidin serta Puan Noorul Adilah Che Hamzah telah membincangkan mengenai isu-isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.

Sesi diskusi yang diadakan selama satu jam tersebut memfokuskan kepada isu-isu kesihatan mental yang berlaku, sesi intervensi serta bantuan psikologi yang diberikan.

Pada akhir sesi, Pusat Kaunseling menyampaikan cenderamata kepada delegasi pelajar dari UIN Ar-Raniry sebagai tanda penghargaan serta sesi bergambar antara kedua-dua institusi.