UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar UUM akan kendalikan pilihan raya kampus

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengendalikan sendiri Pilihan Raya Kampus (PRK) untuk sesi 2023/2024, berbanding sebelum ini diurus oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Naib Canselornya Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, universiti bersetuju membenarkan pelajar mengendalikan PRK ini seperti kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah memutuskan agar tata cara pelaksanaan PRK  disemak semula bagi memberi laluan kepada pelajar mengendalikan proses pemilihan ini secara telus dan bebas.

Katanya, sebagai seorang pemimpin mereka haruslah bijak dalam melaksanakan tugas yang diberikan ketika dikampus lagi.

“Saya yakin mereka yang dipertanggungjawabkan ini mempunyai wawasan tinggi dan memahami setiap inci denyut nadi pelajar dalam melaksanakan tugas yang dipikul ini,” ujarnya di majlis penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UUM di Balai Tamu, Bangunan Canselori.

Pelaksanaan ini juga menunjukkan Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah berjaya merealisasikan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam aspek memperkasakan mahasiswa holistik.

Namun dalam melaksanakannya petugas yang diamanahkan tugas ini perlu memainkan peranan sebagai wadah penghubung antara pelajar dan universiti agar memberi keseimbangan kepada kedua-dua pihak.

Dalam masa yang sama jawatankuasa ini juga perlu mewujudkan kerjasama yang dinamik antara semua pihak khususnya dalam urusan yang melibatkan pihak Pusat Pengajian dan Pusat Tanggungjawab di universiti ini.

Moga dengan pelaksanaannya nanti akan membawa impak positif kepada seluruh warga UUM yang akan mengaplikasikan ilmu yang telah diperoleh dengan bijak, serta menjadi pemimpin yang progresif dan inovatif dalam bidang masing-masing.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Dekan Hal Ehwal Pelajar; Prof Madya Dr. Massudi Mahmuddin, dan Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar UUM; Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman.