UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar UUM intai peluang kerjaya di TVET Place & Train UTeM@KPT

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Zulaikha Kamal

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan/UUM Today

MELAKA, 15 Februari – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengintai peluang kerjaya di TVET Place & Train UTeM@KPT di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 16 Januari lalu.

Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, program berimpak itu memberi peluang kepada pelajar universiti untuk membina kerjaya mereka selepas tamat pengajian kelak.

Menurutnya, sebanyak 20,000 peluang penempatan pekerjaan bergaji premium telah didedahkan kepada graduan.

Selain itu, katanya, pelajar turut didedahkan dengan reruai pameran kerjaya terdiri daripada lebih 20 industri yang terlibat antaranya Hartalega, Petronas dan Talentbank.

Program TVET Place & Train UTeM@KPT telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan; Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) UUM, Prof. Dr. Chandrakantan a/l Subramaniam.