UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar UUM menang cabutan bertuah Macbook Air bernilai RM6,199

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Kuala Lumpur –  Zain Azman Muhamad @ Mat Nusi memenangi hadiah cabutan ‘RHB MySiswa DEBIT CARD-i Privileges Campaign’ dengan meraih MacBook Air 15inch (Apple M2 Chip) bernilai RM6,199, baru-baru ini.

“Apabila dihubungi pihak RHB menyatakan saya memenangi cabutan sempena Kempen Keistimewaan Kad Debit RHB MySiswa rasa macam tak percaya kerana tidak pernah terlintas di fikiran akan memenangi cabutan yang memberi kejutan dan juga rezeki bulan Ramadan.  

“Sebenarnya semua pelajar layak memenang cabutan ini dengan syarat mengaktifkan kad Debit RHB mySiswa dan mengunakan segala kemudahan yang ada pada kad Debit RHB mySiswa tersebut mudah sahaja, aktifkan, gunakan dan nikmati ganjaranya,” ujarnya.

Jelasnya, Kad Debit RHB mySiswa, merupakan Kad Matrik pelajar diinovasi dan dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di seluruh Malaysia terutamanya di dalam kampus.

“Menariknya, kad ini bukan sahaja sekadar kad matrik pelajar tetapi berfungsi sebagai kad debit. Kad Debit RHB mySiswa ini digunakan oleh PTPTN untuk menyalurkan wang pinjaman kepada pelajar yang mendapat pinjaman, memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di mana jua berada,” ujarnya.

Kelebihan mengunakan kad Debit RHB mySiswa antaranya mempunyai dwi fungsi sebagai kad matrik pelajar IPT dan kad debit, menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran selain berpeluang mendapatkan pelbagai promosi daripada rangkaian eWallet Boost, FavePay, Marrybrown dan rangkai kedai buku seluruh Malaysia.

“Pada saya, MacBook Air merupakan satu keperluan penting sebagai seorang pelajar memandangkan sangat sesuai digunakan untuk membuat tugasan, mencari bahan rujukan, maklumat, perbincangan kumpulan secara online dan kelas online,” ujarnya.

MacBook Air mesra pengguna di mana skrinnya lebih besar, pemproses yang lebih berkuasa, audio yang lebih mantap, sistem pengecasan lebih moden dan kamera web lebih baik, papan kekunci terbaik dalam kelas tersendiri, pad sesentuhnya juga amat baik dan prestasi bateri yang tahan lama.

Zain Azman dari Petaling Jaya Selangor merupakan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kampus Cawangan Kuala Lumpur. Beliau kini bertugas sebagai Penolong Penguasa Kastam Kanan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Pesanan saya kepada Pelajar IPT di seluruh Malaysia, aktifkan kad Debit RHB mySiswa gunakan segala kemudahan yang ada dengan sepenuhnya siapa tahu selepas ini giliran anda   memenangi cabutan bertuah,” katanya.