Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mula meninggalkan kampus ini untuk pulang ke kampung halaman mereka masing-masing untuk bersama keluarga bagi menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan ketika bertemu dengan pelajar-pelajar yang akan pulang di hadapan Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin UUM mengingatkan mereka supaya berhati-hati ketika menggunakan kenderaan sendiri atau awam semasa pulang nanti.

“Pandulah dengan cermat dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhenti berehat sekiranya keletihan,” kata beliau dalam pertemuan itu.
Pihak pengurusan universiti sentiasa mendoakan semua agar kepulangan ini dapat menyerikan keluarga terutama di pagi syawal nanti.
Bagi pelajar yang tidak pulang beraya terutama dari Sabah, Sarawak dan luar negara sambutlah perayaan ini dengan kakitangan dan pelajar yang berada di kampus ini.
