UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelajar UUM terima Anugerah KPMG Ambassador Terbaik

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya/UUM Today

KUALA LUMPUR: Pelajar Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Rhaakhesh A/L Omantaram telah dinobatkan sebagai KPMG Ambassador Terbaik oleh KPMG Malaysia pada Majlis Graduasi Padawan KPMG, baru-baru ini.

KPMG Malaysia, syarikat yang menyediakan perkhidmatan profesional dalam audit, cukai dan nasihat telah membuka peluang kepada 30 pelajar dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) untuk menyertai Program School of Hard Knocks (SoHK) sebagai Padawan KPMG.

Rhaakhesh berkata, beliau berterima kasih kepada KPMG dan juga UUM kerana memberi peluang kepadanya untuk menjadi padawan di KPMG,

Menurutnya, padawan KPMG yang dijalankan selama satu semester ini membantu pelajar UUM membuat persediaan sebelum melangkah ke fasa praktikum dan memasuki alam pekerjaan akan datang.

Rhaakhesh menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Eric Ong Beng Seng, Partner – Head of People KPMG Malaysia dan Kevin Foo, Partner – Head of Financial Services KPMG Malaysia.

Sementara itu, padawan KPGM, Siti Nurbalqis Zairil Hizam berkata, program Padawan KPMG di bawah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK) ini memberi banyak manfaat dan banyak ilmu yang dipelajari selama satu semester ini.

“Saya mengajak pelajar-pelajar lain untuk mengambil peluang menyertai program sebegini kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sektor pengauditan, di samping dapat pendedahan tentang alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Majlis Graduasi Padawan KPMG itu turut dihadiri oleh Pengarah PKPK, Dr. Fikriyah Abdullah.- Anis Zulaikha Kamal