UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pelitup muka kini hanya pilihan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah memutuskan pemakaian pelitup muka (face mask) di dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup hanya sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengumumkan perkara ini berkata, ketetapan baharu itu bagaimanapun terpulang kepada pemilik premis untuk menentukan sama ada mahu pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Persatuan Perubatan Biosimilar dan Generik Antarabangsa (IGBA) – Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, penggunaan pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19, dalam pengangkutan awam dan di fasiliti kesihatan.