UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pemerkasaan Mahasiswa galak kerjasama dan kesepaduan pelajar UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SeMAKLUM UUM/UUM Today

PULAU PANGKOR, 4 Februari – Bagi melahirkan pemimpin yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mempunyai pandangan luas dalam dunia kepimpinan, Program Pemerkasaan Mahasiswa anjuran Sekretariat Pelajar MAKLUM (SeMAKLUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan baru-baru ini di Palma Beach Resort sempena ‘Team Building’ Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM 2024.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed itu dihadiri 10 fasilitator SeMAKLUM dan 42 MPP UUM.

Dr. Ahmad Martadha berkata, semua ahli MPP UUM yang menghadiri ‘Team Building MPP 2024’ perlu terus bersemangat dan terus mengenali sesama sendiri agar mudah untuk bekerjasama demi memperjuangkan hak mahasiswa UUM.

”Ambillah peluang dan masa pada program ‘team building’ MPP kali ini untuk menjana idea yang lebih banyak bagi sinergi merealisasikan hasrat dan amanat UUM serta Menteri Pendidikan Tinggi dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

“Saya harap tujuan utama pemerkasaan mahasiswa melalui ‘team building’ MPP 2024 ini untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli MPP UUM serta menggalakan kerjasama dan kesepaduan dalam kalangan mahasiswa MPP UUM terlaksana,” katanya.

Beberapa slot telah diadakan seperti sesi Aspirasi Malaysia bersama YDP UUM, YDP UPSI dan TYDP II UTHM, Jata Negara, “Negara Aku” Tunnel, Potret Diri serta slot Tautan Hati MPP bagi memperkuatkan hubungan, meningkatkan komunikasi serta memupuk budaya kerjasama yang baik dalam menjayakan agenda MPP bersama universiti seperti yang diamanatkan.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UUM, Shahril Ahmad Sofian berkata, program ini merupakan program sulung pada penggal kali ini yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli MPP yang menjadi simbolik kepada kekukuhan sesebuah keluarga MPP UUM.