UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pemimpin masa depan timba pengalaman berharga

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Sintok: Pemimpin masa depan berpeluang menimba pengalaman berharga dalam Global Student Residential Council Summit 2024 yang berlangsung di EDC UUM.

Vice President, Regional Sales, Head Assets-PF, Northern Region, RHB Bank Berhad, Nor’azam Ismail berkata, program ini merupakan anjuran Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ) UUM. 

“Acara yang julung kali dianjurkan oleh UUM bertujuan untuk berkongsi pendapat, aspirasi dalam memupuk kecemerlangan kepimpinan pelajar dan memajukan pembangunan komuniti kolej kediaman.

“Kerjasama di antara barisan pemimpin kolej kediaman amat penting dalam membentuk suasana kondusif kolej kediaman yang disifatkan sebagai rumah kedua kepada kepada pelajar universiti awam di Malaysia,” ujarnya.

Program ini juga memberi pemahaman tentang kepentingan, cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemimpin kolej kediaman dalam skala global.

“Ini masanya untuk membina hubungan dengan memanfaatkan pertemuan ini dan saya harap tidak berakhir di sini Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan untuk membentuk pemimpin masa depan,” ucapnya pada Majlis Penutup ‘Global Student Residential Council Summit 2024’, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS)  dan Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ) UUM di atas kejayaan menganjurkan GSRCS dari 6 – 9 Mac dan semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan acara ini.

Sementara itu, Pengarah GSRCS, Muhammad Mustaqeem Suharto berkata, pemimpin manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan namun seorang yang berani mengambil risiko.

“Pemimpin tidak perlu menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di belakangnya ada sebuah pasukan yang sentiasa bantu seseorang pemimpin kerana tanpa pasukan yang kuat seseorang pemimpin itu bukanlah sesiapa.

“Sebagai seorang pemimpin kita perlu meletakkan kepentingan yang lain sebelum dirinya sendiri. Setiap insan telah diberikan bakat istimewa justeru fokus pada kelebihan dan gunakan kelebihan kita sebaik-baiknya,” katanya.

Jelasnya, GSRC merupakan suatu program bagi mengumpulkan semua kepimpinan tertinggi kolej kediaman di universiti dalam dan luar negara untuk membincangkan dan mendapatkan resolusi topik utama yang penting dalam bagi pembangunan pelajar dan negara.

“Menariknya, kami dapat berjumpa semua badan tertinggi kepimpinan kolej kediaman dari universiti awam, swasta dan antarabangsa serta lawatan ke PSU, Thailand yang memberi impak positif kepada peserta.

“Program GSRC Summit 2024 ini merupakan platform yang sangat bagus dan saya telah melihat pelbagai pandangan dan perspektif pemimpin pelajar yang hebat-hebat belaka.

GSRC telah mengajarnya erti kesabaran, meluaskan pandangan dan mempercayai setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah.  

Muhammad Mustaqeem turut merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Ilahi dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjadi tulang belakang bagi menjayakan program ini.

“Saya sangat bersyukur, sepanjang program empat hari ini, dari hari pertama perancangan program bermula, menyusun jalan, haluan dan cara untuk kami kendalikan program ini sehingga menutup tirainya pada hari ini memberikan satu pengalaman yang begitu berharga buat kami,” ujarnya.