SINTOK: Hari ini, seolah-olah manusia tidak boleh hidup tanpa televisyen (TV) dan gajet malah kebanyakan setiap rumah memilikinya.
Saban hari kita menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk menonton TV dan terlalu banyak masa yang dibazirkan kerana sebahagian besar rancangan televisyen berunsur hiburan yang mendominasi kehidupan kita sehingga meminggirkan aktiviti lain.
Pensyarah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie berkata, TV menyibukkan kita dengan rancangan televisyen dengan rancangan sukan, hiburan, filem atau drama dengan pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, dan lawak yang melalaikan.
“Disebabkan TV kita tidak membaca al-Quran, malas ke masjid, kurang interaksi dan meninggalkan sembahyang berjemaah ekoran sibuk melayan hiburan.
“Sebenarnya TV merupakan pencuri ramadan yang paling akrab dengan kita kerana mencuri pahala puasa kita tanpa disedari,” ucapnya pada Ceramah Ramadan Siri 1: Tambah Hidangan di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) anjuran Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL), semalam.

Menurutnya, tambah hidangan bukan bermakna menambah menu makanan sebaliknya memperbanyakkan amalan sunat yang lain untuk meraih cinta Allah.
“Ramadan yang datang setelah kita melakukan perkara yang diwajibkan seperti puasa maka eloklah disusuli dengan amalan tambahan untuk diamalkan dengan hadirnya Ramadan yang memberi ganjaran berlipat ganda pada kita.
“Nak dapat berkat mesti ikut cara Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasalam (SAW). amalan yang dilakukan baginda sepanjang bulan puasa seperti bersahur, berdoa sebelum berbuka dan sembahyang sunat rawatib yang amat dituntut,” katanya.
Jelasnya, sembahyang sunat rawatib merupakan sembahyang sebelum atau selepas sembahyang fardu yang terbahagi kepada sunat Qabliyyah (solat sunat sebelum solat fardu) dan solat sunat Ba’diyyah (solat sunat selepas solat fardu).

“Nabi tidak pernah tinggal sembahyang sunat dua rakaat sebelum Subuh, empat rakaat sebelum Zohor, dua rakaat selepas Zohor, dua rakaat selepas Maghrib, dan dua rakaat selepas Isyak.
“Sembahyang sunat wudhuk amat digalakkan, suatu hari nabi bertanya pada Bilal: ‘wahai Bilal aku dengar tapak kaki kamu di syurga, apa amalan yang kau lakukan?’ lalu Bilal menjawab ‘saya tidak pernah tinggal sembahyang sunat wudhuk. Ini menjadi bukti jelas bahawa inilah tambahan hidangan yang perlu kita lakukan,” ujarnya.
Selain itu, sembahyang di awal waktu, sembahyang berjemaah, sedekah setiap hari walaupun RM1, tidur sebelum zohor (‘koilullah’) dengan niat untuk menyambung ibadah seterusnya maka tidur begitulah yang menambah hidangan kita bukannya tidur sepanjang hari.

Beliau menyeru warga kampus memperbanyakkan amalan sunah yang menjana kehidupan sebagai seorang mukmin dan tidak membiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian “Kita harap Allah sentiasa memberi keberkatan