UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Peneroka haram Yahudi ingin ubah sejarah Masjid Al-Aqsa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

BAITULMAQDIS: Peningkatan pencerobohan peneroka haram Yahudi di pekarangan Masjid Al-Aqsa adalah cubaan untuk mengubah status quo bersejarah dan agama di dalam tapak suci itu.

Bercakap kepada radio Voice of Palestine, Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein berkata, masjid itu adalah tempat suci Islam yang menjadi hak tunggal umat Islam.

Katanya, peneroka haram Yahudi tidak berhak untuk berdoa atau melakukan ritual di pekarangan masjid itu.

Beliau juga menuntut dunia Arab dan Islam untuk campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel di masjid itu.

Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa pada minggu lalu di bawah perlindungan ketat polis Israel, malah mereka turut menganjurkan lawatan provokatif di pekarangan masjid, kata Jabatan Wakaf Baitulmaqdis.

Pada malam Sabtu lalu, ratusan peneroka haram Yahudi melakukan ritual Talmud di kawasan Tembok Al-Buraq. Kumpulan pelampau itu juga baru-baru ini menggesa pencerobohan besar-besaran dilakukan dengan memasuki Masjid Al-Aqsa pada Isnin dan Selasa untuk sambutan Tahun Baru Hebrew.

Pada kebiasaan, pencerobohan harian berlaku di masjid tersebut kecuali Jumaat dan Sabtu. – Agensi