UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pengarah SPRM Kedah ke ARICG UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Wan Muhamad Hafis Wan Khazali

Gambar ARICG/UUM Today

SINTOK, 21 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Rombongan diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Kedah, TPj Ahmad Nizam Ismail bersama Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kedah, PsK Ramley Supa’at disambut Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf dan Felo Penyelidik ARICG.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan kerjasama strategik serta program-program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping menyebar luas amalan baik secara meluas kepada agensi kerajaan serta berkongsi pendapat dalam isu-isu berkaitan jenayah rasuah dan tata kelola di Malaysia.

Hadir bersama, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), UUM, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam.