UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Penghuni INASIS Sime Darby sedia hadapi kebakaran

Gambar INASIS Sime Darby/UUM Today

SINTOK: Latihan kebakaran atau ‘fire drill’ adalah salah satu aspek penting keselamatan sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran.

Sehubungan itu, bagi mempersiapkan penghuni Inapan Siswa (INASIS) Sime Darby ketika berdepan detik kecemasan, latihan kebakaran bersama pasukan Bomba dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam telah diadakan baru-baru ini.

Pengetua, Muhammad Noor Fitri Ahmad berkata, tujuan program ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada pelajar yang merupakan penghuni INASIS ini tentang tindakan penyelamatan diri dalam situasi kebakaran ketika berada di dalam bilik penginapan.