UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pengurusan organisasi pastikan kepimpinan MPP cemerlang

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Mohd Farhan Ismail

Gambar JHEP/UUM Today

PULAU PINANG, 11 Mac – Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada 4 Mac hingga 6 Mac lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah bagi memastikan MPP UUM sesi 2023/2024 mendapat sepenuh maklumat dan panduan berkenaan pengurusan organisasi, pentadbiran dan pengurusan kewangan dalam memastikan organisasi MPP terus berinovatif dan cemerlang dalam kepimpinan holistik.

Menurutnya, sepanjang 3 hari kursus yang diadakan, MPP telah didedahkan dengan etika dan undang-undang, pentadbiran, dokumentasi surat menyurat, pengurusan kewangan dan tuntutan serta perancangan aktiviti MPP yang akan dilaksanakan sepanjang 2024 yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).

“Selain itu, bagi memastikan MPP terus mempunyai ketahanan diri dan mental, peserta turut didedahkan dengan aktiviti berfikir diluar kotak yang disampaikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin dan aktiviti berkayat bagi aktiviti luar.

“Perancangan dan pelaksaan perincian program juga turut dibahaskan termasuk hal-hal isu semasa yang melibatkan mahasiswa,” katanya yang merasmikan KPO MPP UUM itu.

Turut diadakan sesi perkongsi perancangan dan hala tuju universiti dan impak kepada mahasiswa.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi dengan harapan memastikan MPP lebih mempunyai keyakinan tinggi dan berdaya saing dalam memastikan kebajikan mahasiswa terbela.