UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

19 pensyarah UUM naik pangkat

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

SINTOK: Tanpa individu bergelar pensyarah yang menjadi tunjang dalam pendidikan tinggi negara, maka tidak akan lahirnya seorang ilmuan besar yang meneruskan legasi kegemilangan dunia akademia.

Sentiasa terbeban dengan tugasan yang penuh cabaran, seseorang pensyarah terpaksa melakukan 1001 pengorbanan dari segi masa dan tenaga demi memastikan kecemerlangan akademik pelajar universiti dapat dicapai.

Bagi menghargai pengorbanan tersebut, 19 pensyarah dari pelbagai pusat pengajian diraikan pada Majlis Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik di Bilik Senat, Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, lima pensyarah menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dan 14 orang lagi menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54).

Majlis dimulakan dengan penyerahan watikah kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) antaranya, Prof. Ts. Dr. Azham Hussain dari Pusat Pengajian Pengkomputeran dan Prof. Dr. Mukaramah Harun (Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan).

Manakala kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred (DS54) diterima oleh Prof. Madya Dr. Nor Intan Saniah Sulaiman dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif; Prof. Madya Ts. Dr. Mohan A/L Rathakrishnan (Pusat Pengajian Pendidikan) dan Prof. Madya Dr. Muhamad Amar Mahmad (Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah).

Watikah kenaikan pangkat tersebut disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Shahimi Mohtar dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.    

Sehingga kini, seramai 1,161 staf akademik di UUM yang membabitkan 56 orang berjawatan Profesor dan 307 orang berjawatan Profesor Madya.