UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Penyelidik UUM berjaya bida RM36,240 Geran Penyelidikan Jabatan Akauntan Negara

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar ARICG/UUM Today

SINTOK: Felo Penyelidik Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) berjaya membida Geran Penyelidikan Jabatan Akauntan Negara 2023 berjumlah RM36,240.

Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menawarkan Geran bagi Penyelidikan Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam 2023.

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Syafinaz (TISSA), Prof. Dr. Noor Afza Amran yang juga Pengarah ARICG telah berjaya memenangi bidaan tersebut.

Penyelidik bersama yang turut menjayakan bidaan ini adalah pensyarah dari TISSA iaitu Mohamad Sharofi Ismail, Prof. Madya Dr. Mohamad Naimi Mohamad Nor dan Dr. Mazrah Malek @ Malik yang juga Felo Penyelidik dari ARICG.

Penyelidikan yang bertajuk ‘Study of Strengthening Risk-Based Auditing and Best Practice of Other Countries’ telah bermula pada 1 Mac lalu dan berakhir pada 31 Ogos 2023.