UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Perbadanan Harta Intelek sedia bantu UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: Kolaborasi antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mampu mewujudkan impak yang positif dalam perkembangan akademik, penyelidikan dan perkongsian kepakaran.

Hal ini diterjemahkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan dengan Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin yang diadakan secara atas talian, semalam.

Dr. Mohd Foad berkata, MoU ini secara dasarnya bertindak sebagai rangka kerja am bagi usaha sama dan kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat.

“Saya berharap hubungan kerjasama ini akan memberi nilai tambah kepada UUM bagi mendepani cabaran dan perubahan mendadak dunia teknologi yang berkembang dan melebar luas sekarang ini,” ujarnya.

Sementara itu, Kamal berkata, Technology and Innovation Support Centre (TISC) merupakan satu inisiatif yang diambil sejak tahun 2015 oleh World Intelectual Property Organization (WIPO) sebagai wadah yang memupuk perkembangan harta intelek serta menyelaras untuk semua aktiviti PIC di Malaysia.

Menurutnya, pihak UUM akan memperoleh pelbagai faedah daripada kolaborasi ini iaitu latihan harta intelek yang merangkumi Teknikal Paten, Penderafan Paten, Latihan Pengkomersialan, Pemasaran Harta Intelek dan banyak lagi aktiviti berdasarkan harta intelek akan ditawarkan.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Faizal Omar. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam dan Kirti Vithyananthan
(Pelajar Pelatih dari SMMTC)