UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Perdana Menteri Di Booth UUM Sempena LIMA’23

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Oleh: Dr Jauriyah Shamsuddin

LANGKAWI – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempat berbual dan bergambar dengan pensyarah dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini di booth pameran UUM sempena LIMA’23 yang berlangsung mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023.

Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kesudian Perdana Menteri untuk bergambar di booth UUM memang mengejut dan menyeronokkan.

“Kami warga UUM gembira dengan kesudian YAB Dato’ Seri PM untuk bergambar dan berbual dengan kami walaupun kesibukan beliau untuk melawat pameran yang dianjurkan ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UUM, Prof Dr Russayani Ismail.

Penyertaan UUM kali kedua dalam pameran LIMA’23 ini menyaksikan penyelidik dalam kalangan staf universiti masing-masing menengahkan hasil inovasi mereka.