UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Peristiwa Israk dan Mikraj tanda kekuasaan Allah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Muhammad Uzair Abdul Shukor/UUM Today

SINTOK, 15 Februari – Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab tahun ke-12 kerasulan menjadi salah satu daripada tanda kekuasaan Allah.

Oleh itu, Pusat Islam berbesar hati mengadakan Ceramah Perdana Israk Mikraj yang bertajuk “Israk Mikraj: Perjalanan Penuh Hikmah“ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Al Fadhil Ustaz Lutfi Amir Saiadin.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil Pengarah Pusat Islam, Muhammad Kamil Yazid di mana dalam ucapannya berkata, tujuan utama program ini adalah bagi sama-sama mengingati sirah Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan mengambil hikmah akan peristiwa tersebut.

Beliau turut mengalukan kehadiran peserta dari Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) dan Kolej Pertanian Malaysia (KPM).

“Apabila memasuki bulan Rejab, perkara pertama yang akan disebut oleh kita sebagai umat Islam ialah peristiwa Israk dan Mikraj,” katanya.

Ustaz Lutfi pula berkata, Israk dari segi istilah ialah Nabi Muhammad S.A.W diperjalankan. Nabi berjalan dengan menaiki binatang tunggangan iaitu Buraq.

Menurutnya, kelajuan Buraq dikatakan adalah sejauh mata memandang dan setelah Nabi tiba di Masjid Al-Aqsa, Baginda naik ke Hadratul Qudus dan bertemu Allah lalu menerima kefardhuan solat.

Semoga program yang diadakan ini memberi manfaat kepada semua dan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.