UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Perkongsian ilmu CiRNeT-CUIC erat hubungan antara universiti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CUIC/UUM Today

SINTOK: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan satu sesi perbincangan secara atas talian bersama Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

UPM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Hubungan Dan Jaringan Industri (CiRNeT), Prof. Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin dan Timbalan Pengarah Prof. Madya Ts. Dr. Amir Syahir Amir Hamzah.

Perbincangan tersebut adalah mengenai model gerak kerja CiRNeT dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. menjalin kolaborasi membangunkan ICoE Ladang Tenusu di Ladang 16, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Pihak CUIC UUM ingin mendapatkan informasi UPM-Farm Fresh membangunkan Agro Tourism Centre bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam industri tenusu serta menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.

Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandarkantan Subramaniam menyatakan perbincangan seperti ini sangat membantu UUM untuk memahami proses pembentukan sesuatu kerjasama besar bersama industri kerana ianya melibatkan banyak agensi.

“Dengan memahami proses tersebut, pihak UUM akan lebih bersedia dan mendapatkan gambaran secara kasar sebelum menjayakan sesebuah projek kerjasama yang besar dan berjaya seperti yang telah dibuat oleh pihak ICoE bersama Farm Fresh,” katanya.

Pihak UPM turut mengalu-alukan CUIC untuk ke UPM bagi melihat sendiri program Farm Fresh dan sedia memberi kerjasama perkongsian ilmu dan pengalaman seperti ini bukan sahaja dapat membantu universiti menjalankan sesebuah projek dengan lebih berjaya dan terperinci tetapi secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan sesama universiti.

Turut hadir ke perbincangan tersebut adalah Timbalan Pengarah (Jaringan Industri), Dr. Normalisa Md. Isa dan Timbalan Pengarah (Jaringan Masyarakat), Muhammad Husaini Salleh. – Noor Farishah Abdul Radzak