UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Persidangan ICOCI 2023 pacu pembangunan masyarakat digital ke arah negara mampan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SOC/UUM Today

SEPANG: ‘Menjana masyarakat digital inklusif untuk negara yang mampan’ menjadi tema Persidangan Antarabangsa ke-9 dalam Pengkomputeran dan Informatik (ICOCI 2023) bagi menonjolkan kepentingan inklusiviti dalam era digital yang semakin pesat berkembang.

ICOCI anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama rakan sokongan Universiti Sains Malaysia, Siberian Federal University, Springer and Communications in Computer and Information Science telah diadakan selama dua hari pada 13 September lalu.

Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Ghazali Osman yang juga Dekan SOC berkata, ICOCI telah menjadi platform berterusan bagi penyelidik dan pengamal berkongsi hasil kajian terkini mereka. Turut memberi sumbangan dan penglibatan dalam persidangan ini adalah Strateq, Finexus, Cybersecurity Malaysia, Mesiniaga, dan Era WhizICT Sdn. Bhd.

Menurutnya, ICOCI 2023 merupakan wadah yang bermakna bagi pemangkinan ilmu pengkomputeran dan informatik yang boleh membentuk masa depan masyarakat digital yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Ucaptama disampaikan oleh Pengarah Computational Foundry,  Universiti of Swansea, Wales, Prof. Dr Alan Dix dan Profesor Pengerusi Provost di Pusat Pengajian Pengkomputeran,  National University of Singapore, Prof. Dr Atreyi Kankanhalli.

Kedua pengucaptama telah membincangkan perkembangan terkini dalam bidang pengkomputeran, kecerdasan buatan dan informatik yang memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat inklusif dan mampan.

Beberapa topik yang diberi tumpuan dalam persidangan ini adalah sistem pintar, teknologi cerdas, keselamatan siber, pengkomputeran hijau, analisis data, interaksi manusia-komputer dan pengkomputeran mampan.

Selain itu, jurnal yang diterima akan diterbitkan dalam Communications in Computer and Information Science (CCIS) oleh Springer Nature yang memberi peluang baik kepada penyelidik untuk berkongsi penemuan mereka dengan dunia.

Journal terpilih yang berkualiti juga akan dijemput untuk mengemukakan versi untuk diterbitkan dalam jurnal yang diulas oleh pakar penerbitan.

Bagi maklumat lanjut mengenai ICOCI 2023, sila layari laman web rasmi persidangan di https://soc.uum.edu.my/icoci/2023/