UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pertandingan kuiz dekatkan peserta dengan IPIZ

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar IPIZ

SINTOK: Sempena sambutan ulang tahun ke-5 penubuhan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) telah menganjurkan pertandingan ‎kuiz bermula ‎‎3 ‎sehingga 8 April lalu secara atas talian.

Kuiz tersebut terbuka kepada semua staf dan pelajar UUM bertujuan menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan, di samping meningkatkan pengetahuan warga UUM berkaitan pengurusan zakat dan pengoperasian IPIZ itu sendiri.

Selain ‎‎itu, pertandingan ini juga secara tidak langsung memupuk jalinan ‎‎kerjasama dan semangat persaudaraan (ukhwah) berteraskan ikatan Rabbani yang menjadi asas ‎‎dan instrumen yang efektif kepada perpaduan umat Islam khususnya melibatkan warga UUM.‎

Pertandingan Kuiz IPIZ ‎ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan warga UUM di mana sebanyak 130 penyertaan telah direkodkan.

Daripada jumlah penyertaan itu, 29 peserta telah berjaya ke peringkat saringan akhir dan pemenang telah ditentukan melalui slogan yang terbaik dan kreatif.

Barisan juri yang dilantik terdiri daripada wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan pengurusan IPIZ.

Pemenang-pemenang Pertandingan Kuiz ini adalah seperti berikut:‎

Tempat Pertama – Dr. Nor Aina Binti Mhd Khotib (Pusat Pengajian Perniagaan Islam)‎

Tempat Kedua – Zarith Sofea Binti ‎Zaharin ‎(Perpustakaan Sultanah Bahiyah)‎

Tempat ketiga – Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Binti Hillaluddin (Pusat Pengajian Psikologi ‎‎Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial)‎

Saguhati 1 – Syamimi Binti Sufyan (Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan)‎

Saguhati 2 – Rosmanira Rosli ‎(Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan)‎

Saguhati 3 – Puteri Nuriffah Binti Megat Mawardi (Pusat Pengajian Pengkomputeran)‎

Saguhati 4 – Norhanil Hekmah Binti Rosli (UUM Information Technology)‎

Saguhati 5 – Zakiah Binti Hashim (Pusat Pengajian Sains ‎Kuantitatif)‎

Saguhati 6 – Mohd Amerul Shafiz Bin Hasbullah (Perpustakaan Sultanah Bahiyah)‎