UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pertanian Pintar Menggunakan Teknologi Internet Kebendaan Iot Diperkenalkan

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Alor Star – Makmal MCMC-UUM MakerSpace, Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat dengan pembangunan aplikasi Internet kebendaan (Internet of Things -IoT) di Sekolah Kebangsaan Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah pada 2 Februari 2023 lalu.

Felo Makmal MCMC-UUM MakerSpace, Suwannit Chareen Chit Sop Chit yang ditemui berkata, projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan teknologi IoT kepada warga SK Telaga Mas khususnya guru-guru dan pelajar tahap dua di sekolah itu.

Katanya, mereka membangunkan aplikasi penyiraman sayuran yang dikawal menggunakan telefon bimbit.

“Kini warga SK Telaga Mas tidak lagi perlu datang untuk menyiram sayuran seperti cili, bendi dan terung secara fizikal tetapi dapat mengawal penyiraman terus dari rumah sahaja melalui sambungan Internet,”ujarnya lagi.

Sistem penyiraman yang diperkenalkan ini menggunakan takungan air hujan yang di kumpul dari  bangunan surau berhampiran dan air pendingin hawa sekali gus menjimatkan penggunaan air di sekolah tersebut.

Selain itu, pihak makmal MCMC-UUM MakerSpace juga turut menyediakan bekas untuk menghasilkan kompos yang boleh digunakan untuk membaja sayuran yang ditanam.

Melalui sistem ini sampah organik dari sekolah dapat di kitar semula untuk kegunaan semula tanaman dan sayuran sekolah.

Kelestarian ini bukan hanya meliputi penjagaan alam sekitar, malah turut merangkumi aspek pendidikan, sains dan keusahawanan.

Sementara itu Guru Besar SK Telaga Mas, Farahida Omar ketika ditemui berkata, program yang diperkenalkan ini bukan sahaja dapat memupuk inovasi di kalangan guru dan pelajar malah mengejar mereka tentang konsep pertanian pintar.

“Bekas tanaman yang digunakan terdiri dari bahan yang di kitar semula seperti botol sabun pencuci, manakala sisa makanan dan tumbuhan dijadikan kompos”, sambungnya lagi.  

Bagi pelajar tahun akhir program Sarjana Teknologi Maklumat, Sangetha Sandram yang menyertainya berkata, program ini sangat bermakna bukan sahaja untuk dirinya malah dapat membantu komuniti pelajar dinegeri Kedah supaya melibatkan diri dengan aktiviti luar selain daripada penumpuan utama dalam bidang akademik.

Program ini turut dihadiri oleh dua pensyarah bidang teknologi maklumat serta lima pelajar sarjana muda.