UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pertemuan demi kemenjadian pelajar

Gambar JKPS INASIS Sime Darby/UUM Today

SINTOK: Pertemuan bersama Pengetua dan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) Sime Darby telah berlangsung di Bilik JKPS.

Pengetua INASIS Sime Darby, Mohd Yusnaidi Md. Sabri berkata, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk melaksanakan pembentangan program yang dirancang dan bakal dijalankan sepanjang sesi 2023/2024.

Menurutnya, program yang dibentang merupakan program yang telah dirancang berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai oleh inasis. 

Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh Yusnaidi untuk menambah baik dan memperbanyakkan lagi program yang dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam sebarang aktiviti.

Di samping itu, beberapa hal berbangkit di INASIS turut dibincangkan di mana perbincangan mengenai hal-hal berbangkit tersebut merupakan satu usaha untuk menambah baik atau menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Penglibatan ahli Majlis Tertinggi di dalam mesyuarat tersebut bersama dengan Pengetua INASIS Sime Darby diharapkan dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan idea untuk mewujudkan program yang membawa banyak manfaat kepada pelajar.

Oleh itu, semua pelajar diharapkan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan supaya dapat memperoleh pelbagai manfaat.