UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pesara UUM sumbang idea untuk maju universiti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Jurufoto JKK/UUM Today

SINTOK, 1 Mac – Meskipun tidak lagi berkhidmat dalam perkhidmatan awam, namun idea dan cadangan pesara Universiti Utara Malaysia (UUM) amat diperlukan bagi memajukan universiti.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan, mereka dapat menjadi penyumbang idea serta tenaga bagi menjayakan objektif dan matlamat bagi memajukan universiti melalui Persatuan Pesara UUM.

Dr. Mohd Azizuddin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pesara UUM.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Majlis Sanjungan Bakti yang meraikan pesara UUM di EDC UUM, semalam.

Menurut Dr. Mohd Foad, majlis tersebut meraikan 94 pesara UUM sebagai memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah bersama-sama menyumbang bakti untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti Awam yang terbaik.

”Ada telah bersama-sama mengerakkan nama UUM bermula pada awal penubuhan UUM iaitu pada tahun 1984 dan jasa yang ditabur sepanjang hampir genap 40 tahun di UUM ini tidak ternilai dengan sekadar sebuah majlis sebegini.

“Pihak universiti juga turut merasa kehilangan apabila lapan staf UUM terdiri daripada empat staf akademik dan empat staf pentadbiran yang telah dijemput Allah SWT pada 2023. Jasa dan sumbangan mereka pada universiti dan anak didik akan terus kekal abadi dalam ingatan kita,” katanya.

Antara pesara UUM yang hadir diraikan dalam Majlis Sanjungan Bakti di EDC UUM, semalam.

Dr. Mohd Foad berkata, pesara amat bertuah kerana dapat menikmati pelbagai kemudahan pada peringkat prapersaraan dan juga pascapersaraan.
 
Menurutnya, universiti akan terus melindungi dan membiayai kos perubatan kepada pesara dan pasangan dan memberi keistimewaan dengan memberi kelayakan untuk mendapatkan faedah perkhidmatan perubatan di Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU), selain daripada hospital kerajaan.

Pesara yang telah menabur baki kepada UUM diraikan dalam Majlis Sanjungan Bakti, semalam.

Selain itu, katanya, universiti juga telah bersetuju untuk menyumbang RM5,000 kepada Persatuan Pesara UUM dalam memastikan Persatuan Pesara terus bergiat aktif dalam aktiviti persatuan dan menjaga kebajikan para pesara.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Pengerusi Persatuan Pesara, Mohd Hanizan Zalazilah serta Timbalan Pendaftar, Azahari Azmi.