UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

PJJ UUM TUMPUAN PENGUNJUNG LIMA’23

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Oleh: Ridzuan Khusaini Rosli

Gambar Oleh: Ikram Syamim Ahmad Murad

PJJ UUM TUMPUAN PENGUNJUNG LIMA’23

LANGKAWI – Pengajian Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tumpuan pengunjung LIMA’23 yang berlangsung mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023.

Pengurus Besar Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB) , Dr Mohd Herry Mohd Nasir berkata, UECSB yang ditubuhkan pada 23 Mei 2011 ini yang memfokuskan perniagaan di dalam bidang Pendidikan, Latihan dan Pembangunan Profesional, Perundingan dan Kolaborasi Antarabangsa ini menyertai pameran LIMA’23 ini memandangkan ramai kalangan yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pengajian lanjutan terutamanya.

Katanya, ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pengajian lanjutan dari universiti ini kerana kaedah pembelajaran tidak membebankan kerana pertemuan kuliah diadakan empat kali dalam satu semester dan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu manakala kuliah pula diadakan di 12 Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Dr Mohd Herry menambah keistimewaan lain ialah modulnya pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan kemasukan pula pada sesi Januari, April, Julai dan Oktober.

Lima program yang ditawarkan dalam pengajian ini ialah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Pentadbiran Perniagaan, Komunikasi, Kewangan dan Perbankan Islam serta Pengurusan Industri Kreatif.

Dalam pada itu beberapa pengunjung yang mendapatkan penerangan dan maklumat mengenai pengajian di booth ini gembira kerana peluang untuk mereka mendapat sarjana muda khususnya akan tercapai nanti.

Sementara itu Mohd Faiz Nawawi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, peluang untuk pengajian yang ditawarkan oleh UECSB dan PACE ini akan dimaklumkan juga kepada rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan maklumat terutama peluang mereka mendapatkan sarjana muda secara bekerja.

Katanya, kemudahan yang ditawarkan juga menarik seperti yuran pengajian, kaedah pembelajaran di 12 Pusat Pembelajaran dan sesi kemasukan pula tidak terhad.

“Moga lebih ramai kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, badan-badan beruniform dan mereka yang ingin mendapatkan sarjana muda memilih PACE UUM ini untuk menyambung pengajian mereka,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu memandangkan booth pameran untuk orang awam ini terbuka hanya dua hari maka pihak UECSB menyarankan mereka yang berminat untuk menghubungi talian 0184092477 (Ridzuan) dan 0146939394 (Ikram) untuk keterangan lanjut.