UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

PPKTPIS PASTIKAN KUALITI PEMBELAJARAN TERJAMIN

PPKTPIS PASTIKAN KUALITI PEMBELAJARAN TERJAMIN

SINTOK – Seramai 20 kanak-kanak diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-30 Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Intan Safinaz (PPKTPIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 14 Februari 2023 lalu.

Majlis ini dilaksanakan secara bersemuka sepenuhnya selepas dua tahun dilaksanakan secara hibrid akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Mohd. Basri Md. Jusoh berkata, walaupun banyak perkara yang terbatas dalam pengoperasian sekolah semasa PKPB, ianya tidak mematahkan semangat warga pengurusan PPKTPIS dalam memastikan kanak-kanak ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

“Saya percaya pihak pengurusan sentiasa memastikan bahawa semua mereka di bawah jagaan PPKTPIS mendapat penjagaan penuh dari segi pengajaran dan hal-hal kebajikan.

Beliau yang hadir merasmikan Majlis Konvokesyen tersebut turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan UUM yang sentiasa cakna dan komited membantu keperluan operasi PPKTPIS.

Terdahulu, dalam aluan mantan Ahli Lembaga PPKTPIS, Prof. Dr. Nurahimah Mohd. Yusoff yang turut hadir berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan adanya keterlibatan peranan Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) dalam melaksana siri latihan kepada tenaga pengajar di PPKTPIS. Tegasnya, peranan tersebut akan mampu memperkasa dan meningkatkan lagi kualiti pengajaran oleh tenaga pengajar sedia ada.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan UUM yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada PPKTPIS sama ada bantuan penyaluran idea-idea bernas dan strategik dalam hal pengurusan , bantuan teknikal, logistik dan sebagainya. Pada masa akan datang, kita perlu memastikan kualiti tenaga pengajar kita akan dapat ditingkatkan lagi sesuai dengan tuntutan zaman kini yang mana kaedah pengajaran telah banyak berubah.

“Bagi tujuan ini peranan Pensyarah (SoE) diperlukan untuk memberi latihan kepada tenaga pengajar di PPKTPIS,” katanya.

Beliau turut gembira dengan keterlibatan mahasiswa UUM khususnya pelajar dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) yang turut menyumbang tenaga serta kemahiran membantu pengurusan PPKTPIS dalam aspek teknologi media.