UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Program Inkubator Usahawan Pemasaran Digital B40 bantu jana pendapatan isi rumah Kampung Rawa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Dr. Wan Roshidah Fadzim/UUM Today

CHANGLUN, 18 Januari – Seramai 83 pelajar kursus BEES3053 Isu-Isu Ekonomi Semasa dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan program Inkubator Usahawan Pemasaran Digital yang melibatkan penduduk dalam kalangan B40 di Kampung Rawa.

Program yang diadakan itu merupakan salah satu program yang dianjurkan dalam pembelajaran berasaskan servis (SULAM) bagi sesi A231.

Program ini melibatkan semua pelajar kursus BEES3053, tenaga pengajar kursus iaitu Nor Sa’adah Sabudin dan Dr. Wan Roshidah Fadzim bersama komunti setempat di Kampung Rawa yang terdiri daripada Penghulu Mukim Temin, Ketua Kampung Rawa, dan rakan-rakan digital PEDi (Pusat Ekonomi Digital) serta peserta program.

Nor Sa’adah berkata, Program Inkubator Usahawan Pemasaran Digital B40 ini diadakan bertujuan untuk membimbing usahawan dalam kalangan B40 di Kampung Rawa untuk meningkatkan jualan mereka menerusi pemasaran menggunakan aplikasi digital.

Menurutnya, kaedah pemasaran secara digital disampaikan secara lansung kepada peserta menerusi bengkel pemasaran digital yang dikendalikan oleh pihak rakan digital PEDi di awal semester iaitu pada Oktober 2023. Peserta kemudiannya dibantu oleh pelajar kursus BEES3053 menerusi siri pertemuan yang dirancang bersama peserta sepanjang semester A231.

“Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan erat antara pelajar universiti bersama komuniti dan pemindahan ilmu antara rakan digital dengan pelajar dan komuniti, sekali gus memberi pendedahan kepada mereka khususnya untuk mencapai objektif yang digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang menyasarkan kemiskinan sifar (SDG1), mengembangkan dan memperkukuhkan ekonomi (SDG 8) dan mengurangkan ketidaksamaan dengan meningkatkan pendapatan(SDG 10).

“Selain itu, program ini juga merupakan salah satu bentuk tanggunjawab sosial universiti terhadap komuniti seperti yang dinyatakan dalam teras T3D1C21,” katanya.

Program Inkubator Usahawan Pemasaran Digital B40 telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Temin, Muhamad Riduan Ismail.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada UUM, khususnya SEFB kerana menganjurkan program seumpama itu demi membantu isirumah dalam kalangan B40 di Kampung Rawa.

“Saya berharap program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan diharap lebih ramai peserta dalam kalangan isirumah B40 akan mengambil peluang mempelajari pemasaran secara digital,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai pelajar universiti dan menekankan kepada kepentingan pelajar untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat.

Program ini turut menyediakan beberapa aktiviti iaitu pembentangan poster dan tayangan video oleh pelajar mengenai usahawan B40 yang menjadi peserta bimbingan mereka.

Menurut peserta, Nadzariah, beliau dapat mempelajari banyak perkara baru dan pelajar-pelajar banyak memberi idea yang lebih segar dan sesuai dengan kaedah pemasaran generasi muda sekarang.

“Mereka juga membantunya mempromosi pakaian dan barut bayi yang dijahit sendiri menerusi pemasaran menggunakan kaedah TIKTOK dan SHOPPE.

“Kaedah pemasaran yang dilakukan selama ini kurang mendapat sambutan, namun kini, saya telah mula menjual baju yang disiapkan menggunakan aplikasi digital yang dipelajari,” katanya.