UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Program Padawan Vitrox 4.0 konsisten dilaksanakan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Zulaikha Kamal

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan/UUM Today

SINTOK, 23 Januari – Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama bersama syarikat Vitrox bagi memulakan program Vitrox Padawan 4.0 bersama pelajar UUM.

Program ini merupakan salah satu usaha PPKKG di bawah program School of Hard Knocks (SoHK) bagi mewujudkan kolaborasi dan keterlibatan bersama industri ternama di Malaysia.

Seramai 24 pelajar terpilih telah menyertai kedua-dua sesi ‘pre-boarding’ dan ‘onboarding’ bersama kakitangan PPKKG dan Vitrox.

Penyelaras SoHK, Dr. Adilah Azhari berkata, sesi ‘pre-boarding’ dan ‘onboarding’ ini merupakan salah satu bahagian yang penting dalam setiap program SoHK kerana ia merupakan sesi pengenalan buat pelajar kepada program dan juga kakitangan yang terlibat.

Katanya, menerusi sesi ini pelajar yang terlibat dapat pendedahan awal tentang intipati sepanjang program selain beramah mesra bersama wakil syarikat Vitrox dan PPKKG.

Program Padawan Vitrox 4.0 pada kali ini merupakan kohort keempat melalui kerjasama Vitrox dan PPKKG.

Hal ini membuktikan bahawa kolaborasi pihak UUM dan syarikat Vitrox merupakan satu kejayaan dan kerjasama yang konsisten diantara kedua-dua pihak terutama dalam usaha mewujudkan kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi kepada pelajar.