UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Program SoHK bantu pelajar tahun akhir UUM siap sedia masuki alam pekerjaan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Zulaikha Kamal

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan/UUM Today

ALOR SETAR. 6 Februari – Program School of Hard Knocks (SoHK) dilihat mampu membantu pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat persiapan sebelum memulakan alam pekerjaan.

Penyelaras SoHK, Dr. Adilah Azhari berkata, Program SoHK ini dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UUM, di samping melatih dan mendedahkan kepada pelajar agar lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang bersesuaian dengan perkembangan industri hari ini.

Menurutnya, program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutamanya yang berada di tahun akhir pengajian.

“Mereka juga memperoleh pengalaman serta suasana kerja dalam industri sebelum mereka memulakan latihan industri di semester akhir lalu memasuki alam pekerjaan setelah bergraduasi,” katanya di Majlis Graduasi Zurich Takaful Padawan 2.0 di Zurich Takaful Alor Setar pada 24 Januari lalu.

Seramai 29 pelajar UUM telah tamat program di bawah SoHK di Zurich Takaful dan diraikan oleh PPKKG dan Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB).

Sementara itu, pelajar Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan, dan Perbankan (SEFB), Muhamad Aliff Irfan Adenan berterima kasih kepada PPKKG dan ZTMB kerana memberi peluang kepada beliau sertai program di bawah SoHK.

Beliau juga berharap agar pelajar lain dapat mengambil peluang untuk menyertai program sebegini kerana dapat membantu dalam membuat persediaan sebelum melangkah ke fasa praktikum dan memasuki alam pekerjaan akan datang.

Hadir sama, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin; Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah; Ketua Pengurus Agensi ZTMB, Shah Rizal Azmi; Ketua Wilayah, Azita Abu Hadzim dan Pengurus Jualan Cawangan Alor Setar, Ikhwan Sayuthi.