UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Program tanaman serai wangi

AYER HITAM : Seramai 26 kakitangan Pusat Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam terlibat dalam gotong-royong menanam serai di tapak semaian pusat pertanian ini, di sini. baru-baru ini

Gotong-royong yang dijalankan pada 18 Mei 2023 bermula seawal  jam 9 pagi melibatkan proses menanam hinggalah proses pemindahan anak pokok didalam polybag ke tapak semaian.

Proses memindahkan 30 anak pokok haruslah dijalankan dengan teliti bagi memastikan anak pokok tidak rosak, proses memindahkan setiap anak pokok mengambil masa 10 minit.

Ketua Penolong Pengarah, Mohd Rasydan Mohd Yusop berkata,gotong royong ini bukan sahaja dapat mengukuhkan silaturahim dan ukhwah di kalangan kakitangan tetapi dapat mempelajari ilmu baru tentang tanaman.

Katanya, aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan kakitangan kerana aktiviti bercucuk tanam  boleh membantu badan mengeluarkan peluh untuk kekal cergas sepanjang hari.

Beliau berkata, hasil daripada tanaman yang akan dituai nanti boleh menjadi salah satu sumber pendapatan bagi Kelab Kakitangan Pusat Kejuruteraan Ayer Hitam serta dana itu  boleh digunakan untuk sebarang aktiviti dan kebajikan kakitangan.

“Dengan mengadakan aktiviti sebegini, kita semua setidak-tidaknya dapat melupakan bebanan kerja dan mengeratkan hubungan sesama rakan pejabat,’’ katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang peserta, Kartini Salleh berkata program ini sangat baik dilaksanakan kerana ia akan membolehkan kakitangan bekerjasama dalam kumpulan untuk menanam serai.

‘’Kami sangat seronok dan melupakan seketika bebanan di pejabat kerana sempat bergelak ketawa sambal belajar ilmu baru tentang tanaman,’’ katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairil Ibrahim berkata banyak ilmu yang dapat ia pelajari dan boleh dipraktikkan di rumah sekaligus menjana pendapatan sampingan dengan hasil tananam. ‘’ Saya akan menggunakan ilmu baru ini untuk mengusahakan tanah kebun  keluarga kami yang telah lama terbiar sekaligus dapat dari tanaman yang bakal ditanam dapat menjadi sumber pendapatan sampingan,’’ katanya.