UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

PRU15: Cuti umum 18 dan 19 Nov, tol percuma

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Google

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 18 dan 19 November ini.

Serentak dengan itu juga, beliau memaklumkan bahawa 30 syarikat konsesi lebuh raya akan menawarkan tol percuma pada tarikh cuti umum itu.

Ismail Sabri berkata, ia bagi memudahkan pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRU15.

“Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna.

“Tol percuma ini bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November,” katanya ketika merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya, di sini, petang tadi.